Wednesday, May 4, 2011

Pengenalan - Lambaian Menara Gading 2011

LATAR BELAKANG

Khalayak pelajar merupakan aset terpenting kepada sesebuah tamadun dan ummah lebih-lebih lagi yang akan bergelar ‘mahasiswa’. Hal ini adalah kerana mereka merupakan golongan pelapis yang akan menerajui dan bakal mencorakkan masa depan negara dan ummah seluruhnya. Malah kanvas sejarah membuktikan bahawa sesebuah tamadun yang hebat muncul hasil daripada kebangkitan yang dicetuskan oleh ‘orang muda’.

Justeru, menyedari akan kepentingan ini, Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) 2011 ini dengan harapan agar para bakal mahasiswa yang akan melalui ‘madrasah’ mampu menjadi obor kepada kebangkitan ummah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.

OBJEKTIF
  1. Memberi kefahaman kepada peserta mengenai tanggungjawab mereka sebagai pimpinan pelapis pada masa hadapan.
  2. Menjalinkan hubungan baik antara peserta dengan pihak Kerajaan Negeri dengan memberi kefahaman tentang hasrat dan dasar kerajaan.
  3. Memberikan maklumat-maklumat terkini tentang suasana alam kampus serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.
  4. Meningkatkan motivasi dan daya saing peserta sebagai satu wahana bagi persiapan memimpin negara pada masa hadapan.
PENGANJUR

Markaz Siswazah Kelantan dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO, Kerajaan Negeri Kelantan.


3 comments:

  1. Salam. Saya nak cadangkan juga agar peserta diberi pendedahan mengenai MASALAH NEGARA yg dihadapi skrg agar semangat tertiup kencang didada pelajar utk merubah diri dan masyarakat yg sgt kehausan pemimpin gagah dgn islam,iman & ihsan. Juga perkenalkan & tiupkan roh kecintaan kpd para tokoh cendekiawan islam tdahulu yg bjaya dr sgl aspek,agar tkubur smua idola penyanyi masa kini. I.Allah. Sekian,t.kasih.

    ReplyDelete
  2. salam... Bleh saya tau antara aturcara yg akn diadakan? Adakah terdapat golongan hawa? Utk fasa 2,berapakah mungkin peserta yg turut terlibat? Apakah pelajar luar dari kelate yg blaja kat kelate bleh join gak program nie?... Jwb yer...hehe

    ReplyDelete