Program LAMEGA telah digabungkan menjadi satu siri daripada siri 3 & 4 bagi memeriahkan lagi bilangan penyertaan para peserta.
Dari itu, the last & the only program LAMEGA yang akan datang seperti dibawah:
Tarikh : 16, 17 & 18 hb JUN 2011
Tempat : Kem Kijang, Kota Bharu.
Masa Pendaftaran: 8.30-9.00 pagi.
Program 3 hari 2 malam ini akan bermula pada 9.00 pagi Khamis (16/6/2011) dan berakhir pada pukul 2.00 petang Sabtu (18/6/2011).
Bagi yang belum mengisi borang online, tetapi berminat untuk menyertai program ini segera hubungi talian hotline yang tertera disebelah.
"Innamal a'maalu binniyyat.."
"Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat.."
Insyaallah..ikhlaskan diri, datang dengan niat untuk mendapat ilmu lillaahi taala..
"Al-ilmu Nuurun.."
"Ilmu itu cahaya.."
Datang jangan tak datang~!! :)
LAMEGA 2011
Sunday, June 12, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Monday, May 16, 2011
SIRI 1 DIBATALKAN
Assalamualaikum. Kepada semua peserta yang memilih program SIRI 1, program pada 17&18 MEI ini DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kami dari pihak urusetia Program LAMEGA2011 ingin memohon maaf dari anda semua dan anda berpeluang untuk memilih menyertai SIRI program yang seterusnya kepada yang masih berada di Kelantan. Sekali lagi kemaafan dari pihak kami. Harap Maklum.
Sunday, May 8, 2011
Saturday, May 7, 2011
TARIKH, TEMPAT & MASA
TARIKH
3 hari 2 malam.
Pendaftaran pukul 9.00 pagi.
Berakhir pada hari ketiga pada pukul 2.00 petang.
Siri 1: 17 & 18 Mei (khas untuk pelajar yang akan ke Matrikulasi dan Kursus Diploma)-
Siri 2: 26, 27 & 28 Mei - Siri 3: 9,10 & 11 Jun
- Siri 4: akan di inform semula.
TEMPAT
Kem Kijang, Kota Bharu
MASA3 hari 2 malam.
Pendaftaran pukul 9.00 pagi.
Berakhir pada hari ketiga pada pukul 2.00 petang.
Wednesday, May 4, 2011
Pengenalan - Lambaian Menara Gading 2011
LATAR BELAKANG
Khalayak pelajar merupakan aset terpenting kepada sesebuah tamadun dan ummah lebih-lebih lagi yang akan bergelar ‘mahasiswa’. Hal ini adalah kerana mereka merupakan golongan pelapis yang akan menerajui dan bakal mencorakkan masa depan negara dan ummah seluruhnya. Malah kanvas sejarah membuktikan bahawa sesebuah tamadun yang hebat muncul hasil daripada kebangkitan yang dicetuskan oleh ‘orang muda’.
Justeru, menyedari akan kepentingan ini, Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) 2011 ini dengan harapan agar para bakal mahasiswa yang akan melalui ‘madrasah’ mampu menjadi obor kepada kebangkitan ummah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.
OBJEKTIF
- Memberi kefahaman kepada peserta mengenai tanggungjawab mereka sebagai pimpinan pelapis pada masa hadapan.
- Menjalinkan hubungan baik antara peserta dengan pihak Kerajaan Negeri dengan memberi kefahaman tentang hasrat dan dasar kerajaan.
- Memberikan maklumat-maklumat terkini tentang suasana alam kampus serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.
- Meningkatkan motivasi dan daya saing peserta sebagai satu wahana bagi persiapan memimpin negara pada masa hadapan.
PENGANJUR
Markaz Siswazah Kelantan dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO, Kerajaan Negeri Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)