Monday, May 16, 2011

SIRI 1 DIBATALKAN

Assalamualaikum. Kepada semua peserta yang memilih program SIRI 1, program pada 17&18 MEI ini DIBATALKAN atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kami dari pihak urusetia Program LAMEGA2011 ingin memohon maaf dari anda semua dan anda berpeluang untuk memilih menyertai SIRI program yang seterusnya kepada yang masih berada di Kelantan. Sekali lagi kemaafan dari pihak kami. Harap Maklum.

Sunday, May 8, 2011

Saturday, May 7, 2011

TARIKH, TEMPAT & MASA

TARIKH
  1. Siri 1: 17 & 18 Mei (khas untuk pelajar yang akan ke Matrikulasi dan Kursus Diploma)
  2. Siri 2: 26, 27 & 28 Mei
  3. Siri 3: 9,10 & 11 Jun
  4. Siri 4: akan di inform semula.

TEMPAT
Kem Kijang, Kota Bharu

MASA
3 hari 2 malam.
Pendaftaran pukul 9.00 pagi.
Berakhir pada hari ketiga pada pukul 2.00 petang.

Wednesday, May 4, 2011

Pengenalan - Lambaian Menara Gading 2011

LATAR BELAKANG

Khalayak pelajar merupakan aset terpenting kepada sesebuah tamadun dan ummah lebih-lebih lagi yang akan bergelar ‘mahasiswa’. Hal ini adalah kerana mereka merupakan golongan pelapis yang akan menerajui dan bakal mencorakkan masa depan negara dan ummah seluruhnya. Malah kanvas sejarah membuktikan bahawa sesebuah tamadun yang hebat muncul hasil daripada kebangkitan yang dicetuskan oleh ‘orang muda’.

Justeru, menyedari akan kepentingan ini, Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) 2011 ini dengan harapan agar para bakal mahasiswa yang akan melalui ‘madrasah’ mampu menjadi obor kepada kebangkitan ummah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.

OBJEKTIF
  1. Memberi kefahaman kepada peserta mengenai tanggungjawab mereka sebagai pimpinan pelapis pada masa hadapan.
  2. Menjalinkan hubungan baik antara peserta dengan pihak Kerajaan Negeri dengan memberi kefahaman tentang hasrat dan dasar kerajaan.
  3. Memberikan maklumat-maklumat terkini tentang suasana alam kampus serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.
  4. Meningkatkan motivasi dan daya saing peserta sebagai satu wahana bagi persiapan memimpin negara pada masa hadapan.
PENGANJUR

Markaz Siswazah Kelantan dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan Dan NGO, Kerajaan Negeri Kelantan.